Monday, 24 June 2013

bersyukur

salam
sedih sbb esok kne sekulah
melaka cuti just for one day
x pe la bersyukur la jugak dpt jugak cuti
ari nie x de apa apa yang pelik berlaku so nice
HAPPY MONDAY

Saturday, 22 June 2013

rutin 2 minggu sekali

ari nie mcm biasa la ain gi tengok kakak aummm kat um hehe
dia dh putih . Ain hope melaka dpt cuti >-< . ain kat kl ziarah my grandparents huhu
tiba - tiba jumpa cousin hehe this is meaningful day.

harap sudi bce
>-<

Tuesday, 18 June 2013

isi karangan pendapat

isi 1
A1(langkah + bagaimana)
A2(siapa+contoh)
A3(kesan)
A4(ayat kesimpulan)

karangan

CONTOH KARANGAN PENDAPAT



Pengekalan bangunan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di Malaysia kerana bangunan bersejarah mempunyai nilai budaya dan nilai keseniannya yang tersendiri. Selain itu, bangunan-bangunan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.

Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah ini.

Di negara kita, banyak terdapat bangunan bersejarah yang masih kukuh dan sering menarik perhatian sama ada para pelancong dari dalam atau luar negara. Bangunan-bangunan bersejarah ini perlu dikekalkan supaya ‘tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas’ untuk menjadi tatapan generasi yang akan datang. Kebanyakan bangunan bersejarah merupakan tinggalan sejak zaman penjajah. Antara bangunan bersejarah yang sering menjadi kunjungan pelancong ialah Kota A Famosa dan bangunan Satadsyus di Melaka, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, dan Kota Belanda di Pulau Pangkor. Bangunan-bangunan ini bukan sahaja mempunyai nilai-nilai budaya dan keseniannya yang tersendiri malah merakamkan sejarah penting negara. Justeru, pengekalan bangunan bersejarah sememangnya penting di Malaysia.
Satu daripada kepentingan mengekalkan bangunan bersejarah di negara ini kerana bangunan tersebut mempunyai nilai seni dan estetika. Bangunan-bangunan ini biasanya mempunyai nilai seni bina yang halus dan bercorakkan budaya bangsa. Sebagai contohnya, ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional adalah cantik dan harmoni. Dari sini, kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni bina bangsa kita pada masa silam. Ukiran pada dinding batu dan kayu dalam bangunan bersejarah memaparkan corak budaya masa silam. Hal ini membolehkan kita menghayati keistimewaan budaya kita
Selain itu, pengekalan bangunan bersejarah juga membolehkan kita mempelajari dan mendalami sejarah negara pada masa lampau melalui bangunan-bangunan bersejarah. Lawatan ke sesebuah bangunan bersejarah membolehkan kita menyaksikan kesan peristiwa bersejarah yang pernah berlaku di situ. Sebagai contohnya, lawatan ke Kota A Formosa di Melaka membolehkan kita membayangkan peperangan dan pertumpahan darah ketika rakyat Melaka menentang Portugis. Kita juga akan lebih memahami fakta sejarah jika kita dapat melihat kesan peninggalannya. Dalam konteksini, pelajar akan lebih berminat terhadap pembelajaran sejarah negara. Sesungguhnya, cara pembelajaran secara kontekstual ini amat berkesan.
Di samping itu, bangunan-bangunan bersejarah juga perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Hal ini demikian kerana bangunan-bangunan bersejarah ini dapat menjadi tarikan kepada pelancong tempatan atau pun pelancong asing. Misalnya, Kota Cornwallis di Pulau Pinang, Bangunan Sultan Abdul Samad diKuala Lumpur, dan Rumah Puteri Meninjau di Sabah sering menjadi tumpuan para pelancong. Secara tidak langsung keadaan ini dapat membantu perkembangan industri pelancongan melalui pengaliran masuk wang asing ke negara ini.
Bangunan-bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Kejayaan sesebuah filem banyak bergantung pada latar tempatnya. Untuk membuat filem berunsur sejarah, lokasi penggambarannya sudah pasti di sekitar bangunan-bangunan bersejarah. Filem berkenaan akan menjadi lebih realistik dan menarik jika bangunan bersejarah yang sebenar digunakan. Hal ini dibuktikan oleh syarikat-syarikat perfileman asing yang banyak mengadakan penggambaran di Malaysia. Contohnya,filemPolice Story III oleh Jacky Chan yang membuat penggambaran di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Bangunan Mahkamah dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur. Melalui filem-filem ini, Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia. Hal ini membuktikan kepentingan bangunan bersejarah kepada kita.
Bangunan bersejarah juga banyak memberikan pengajaran kepada kita. Bangunan bersejarah akan mengingatkan kita tentang peristiwa masa lampau. Sebagai contohnya, bangunan zaman pemerintahan Jepun mengingatkan kita tentang penderitaan hidup rakyat semasa peperangan. Rakyat juga akan menyedari pahit maung yang dialami sewaktu perjuangan menuntut kemerdekaan. Hal ini akan menjadikan kita lebih menghargai keamanan dan kebebasan yang kita nikmati selama ini. Selain itu, kita juga akan sentiasa berwaspada agar kesilapan silam tidak akan berulang lagi.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa bangunan-bangunan bersejarah merupakan sebahagian daripada warisan sejarah yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, bangunan bersejarah haruslah dikekalkan untuk penghayatan dan kepentingan generasi akan datang. Dengan ini diharapkan usaha-usaha memulihara bangunan bersejarah dilaksanakan secara berterusan agar negara dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negara ini.

Tuesday, 4 June 2013

ain teringat dulu mse tu ain dengan dua kwn ain conteng papan hitam kelas sebelah ain conteng *<3* pastu kawn sorang lagi tulis *<3* tu jugak pastu lgi sorang tulis jangan sedih sbb dia nk pindah pastu ade 2 budak lelaki kelas ain dtang tengok apa diorang tulis . Lepas aritu guru kelas sebelah panggil ain n 2 kwn ain yang lain mrh kitorang  cikgu marah depan murid kelas sebelah malu sesangat tpi mmg salah kitorang pastu timbul satu fitnah yang ain n kawan ain tulis baruah kat satu budk laki kelas tu (tau2 je la sape tulis selain kitorang) n ain mrh sangat 2 budak laki kls ain but dorang x ngaku nk wat camner.Sambung blik , ain ngan kwn ain kne denda kne bersih kn kelas diorang mse blik  pling x menahannya . Masa blik tu budak kelas diorang pegi sepahkn kelas diorang suruh kitorang kmas . Ain stress . Ingat x yg pasal budak laki yang knl tulis baruah tu .
Dia panggil kitorang baruah . Dia x tau pon SIAPA tulis ,right? END sory ain wat korang pening
THANKS BACE

Monday, 3 June 2013

mona fandey

    Hari nie ain nk cite psl MONA FANDEY .
 So , korang pernah dengar tak satu cerita sekitar tahun 90an dulu ? Cerita yang cukup cukup gembar pada tahun itu . Iaitu kisah Mona Fandey .

 Mona Fandey dulu adalah seorang Penyanyi pop suatu ketika dahulu . Kemudian , kerjanya itu tak berkekalan , So , dye pown jadi lah seorang bomoh ~ Nama sebenarnya , Maznah Ismail , tetapi memang dikenali sebagai Mona Fandey . Manakala suaminya , Mohd.Affandi abdul Rahman . Dye juga telah ditangkap pada 2 November 2001 , ketika umurnya mencecah 45 tahun selepas dituduh membunuh  seorang ahli politik , Mazlan Idris, 1993 .

Sebelum menjadi bomoh , Mona Fandey berkerja sebagai artis , hanya dalam masa yang singkat . Maznah Ismail juga , a.ka Mona Fandey menukar namanya kepada Mona Fandey untuk menaikkan popularitinya . Tahap keArtisan nya tak naik mana laaa , tapi  dye berjaya jugak mengeluarkan album tajuk 'Diana' dan sempat laa keluar di Tv kann . Sebelum minat nak nyanyi pown ,  dye juga seorang penari Water Ballet .

And Then , lepas dye tinggalkan dunia 'music' tuu , Dye mula melibatkan diri dengan ilmu hitam . Selain itu , dye juga dikenali sebagai bomoh mulai hari itu .Lepas itu , dye mula menawarkan perkhidmatannya kepada pelanggan , atau biasanya , yang berpangkat laa , Datuk2 , MB and Whatsoever .Dye juga menawarkan perbagai pergunaan azimat dan tangkai dengan ahli-ahli politik dalam parti UMNO .

Selain itu , turut dilaporkan kepada pihak polis , bahwa Mazlan Idris , nak meningkatkan kerja politik beliau dan telah berjumpa dengan Mona Fandey untuk menginginkan perkhidmatannya .Mazlan telah dididik di Amerika Syarikat dan seorang ahli politik yang bercita-cita tinggi daripada yang berkuatkuasa Melayu Bersatu Pertubuhan Kebangsaan (UMNO) parti. Pada masa itu, Mona bekerja dengan suami beliau Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman, 44, dan pembantu mereka Juraimi Hassan, 31. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya tangkal yang terdiri daripada rotan dan aneka sbatmi yang kononnya dimiliki oleh bekas Presiden Indonesia Sukarno. Mona meyakinkan Mazlan bahawa beliau akan menjadi "kebal" jika dia memegang tangkal. Sebagai balasan, Mona menuntut RM2.5 juta. Mazlan membayar RM500,000 sebagai deposit, dan memberikan mereka 10 geran tanah sebagai penjamin bagi baki RM 2 juta.

Kemudiannya , perjanjian dibuat antara Mazlan Idris dan Mona Fandey dan telah berjumpa di rumah Mona Fandey . Lepas tu , Mazlan Idris diarahkan baring di lantai manakala Mona Fandey pula menabur bunga kepadanya . Mona Fandey memberitahu Mazlan Idris agar menutup matanya dan menunggu untuk duit jatuh daripada langit . Kemudian , Juraimi datang dengan membawa sebilah kapak dan memotong kepala Mazlan Idris .Mereka juga mencerai-beraikan sebahagian kulit badan Mazlan. Mayatnya ditemui dalam 18 bahagian yang dikebumikan dalam bilik stor berhampiran rumah Mona Fandey di Pahang.

Mazlan dilaporkan hilang pada 2 Julai 1993 selepas mengeluarkan RM 300,000 daripada sebuah bank.Selepas pembunuhan itu, Mona Fandey dilaporkan telah membeli-belah di mana dia membeli sebuah Mercedes-Benz dan berwajah baru .Didakwa bahawa pembunuhan itu berlaku antara 10:00 hingga 12 tengah malam pada 18 Julai, 1993. Pada 22 Julai, 1993, polis mendapati badan Mazlan. Mona, suaminya, dan Juraimi telah ditangkap dan bermulalah publisiti gempar tentang mereka .Mereka telah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Temerloh oleh juri 7 orang (perbicaraan oleh juri telah dimansuhkan dari 1 Januari, 1995). Mahkamah Tinggi mendapati ketiga-tiga mereka bersalah dan dihukum gantung hingga mati .
 Mona dan lain-lain memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan pada tahun 1999 mahkamah menolak rayuan mereka dan mengekalkan hukuman mati. Akhirnya, tiga banduan berusaha untuk mendapatkan pengampunan dari Lembaga Pengampunan Pahang, iaitu peluang terakhir mereka .

Beliau juga berkata, "Nampaknya saya ada ramai peminat ".Ia juga dilaporkan bahawa semasa pelaksanaan dia, dia mengucapkan perkataan "aku Takkan Mati",  dan masih tenang dan tersenyum. 

Walau bagaimanapun, lembaga enggan untuk memberi pengampunan. Mona, Affandy dan Juraimi akhirnya digantung pada November 2, 2001 di Penjara Kajang. Seorang pegawai penjara berkata ketiga-tiga mereka tidak menyatakan sebarang penyesalan pada pelaksanaan pra-subuh. Sepanjang perbicaraan itu, Mona mempamerkan sikap yang ganjil termasuk muncul ceria, sentiasa tersenyum dan bergambar untuk jurugambar akhbar. Dia yang berpakaian extravaganza dengan reka bentuk yang terang dan berwarna-warni ke atas pakaian beliau.

Sewaktu perbicaraan, Mona Fendi mengaku tidak bersalah di dalam kes pembunuhan itu. Tetapi, setelah mempunyai bukti yang kukuh mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya iaitu gantung sampai mati dan ketika dijatuhi hukuman tersebut, dia sedikit pun tidak menangis malah tersenyum dan berkata ” Im very happy now “.

“Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman),” kata Juraimi .

“Ini keputusan mahkamah, bukan keputusan Tuhan. Saya cuma minta maaf to God. I’m not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it ( merujuk pada Juraimi),” kata Mohamad Affandi

”Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad,” kata Mona Fendy

    Mengikut ain penjara yang diduki oleh Mona Fandey ini berhantu . Ain sendiri x tau btul ke x . 

Tuesday, 28 May 2013

NOBODY PERFECT IN THE WORLD

ain tau ain x perfect right
'NOBODY IS PERFECT IN THE WORLD '
ain bukan budak bahang tapi ain x pon ade perasaan jugak
 tlg jaga ati ain
ain ade perasaan
remember that